Thursday, August 8, 2013

Datang dan Perginya Ia..

Kedatanganmu yang menimbulkan tanda tanya..
Kehadiranmu yang menceriakan suasana..
Tatkala dimarahi kau tertunduk sesal seolah mengerti amarah ku..
Kau begitu peka tiap kali orang disekelilingmu berbicara perihal kamu..

Aku mengagumi akan sikapmu yang luar biasa..
Banyak sekali si jantan miang mengingini kamu , tapi tak kau endahkan..
Cara kau menjaga kehormatan dirimu persis sang gadis menjaga harga dirinya..
Walaupun degil, namun dirimu yang manja sangat menyenangkan aku..
Kau teman aku paling baik, pintar, bijak dan setia pernah aku temui.
                                              
Aku bukanlah penggemar haiwan peliharaan..
Apatah lagi kucing yang sangat tak ku gemari..
Kerana bulunya yang mudah membawa penyakit..
Juga sedikit kesulitan untuk dibawa dalam solat.
Namun berbeza dengan Cathy si pembersih.

Aku tertanya.
Mengapa kepergiannya menimbulkan tanda tanya?
Telah ia hadir dalam hidupku tanpa dijemput..
Tapi akhirnya ia pergi tanpa diminta..
Hadir dan perginya ia menimbulkan persoalan dalam benakku

                                              

Thursday, July 25, 2013

Malam 17 Ramadhan - Perang Badar

                                                         بسم الله الرحمن الرحيم

Malam 17 Ramadhan merupakan malam pasukan Rasulullah saw bertemu dengan pasukan kafir Quraisy di daerah Badar sehingga tercetus Perang Badar pada keesokan harinya. Namun Allah swt telah memenangkan pasukan Baginda Rasul saw dan hal ini adalah salah satu kejayaan Islam yang terbesar. 

Maka para ulama' berpendapat agar disunahkan pada hari ini untuk bersedekah, bersyukur kepada Allah dan mandi. Ibadah pada malam hari ini juga memiliki keutamaan yang sangat besar. Sayang kalau tak manfaatkan.. :)

Ni nak cerita satu kisah yang berlaku pada malam Perang Badar. Menurut beberapa riwayat, pada malam tersebut Rasul saw bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang bersedia pada malam ini untuk mengambil air dari perigi?"

Para sahabat hanya mendiamkan diri dan tak seorang pun yang berani melakukannya. Akhirnya Imam Ali bin Abi Thalib a.s mengambil kantung air dan keluar untuk mengambil air dalam keadaan malam yang gelap-gelita serta hawa dinginnya yang teramat sejuk dan angin yang bertiup dengan kencang. Beliau sampai di sebuah perigi yang sangat dalam dan gelap, namun Imam Ali a.s tak menemukan sebuah timba untuk mengambil air dari dalam perigi tersebut.

                                             
Maka Imam Ali a.s terpaksa masuk ke dalam perigi bagi memenuhi kantung air yang dibawanya dengan air dari perigi tersebut. Semasa Imam Ali a.s keluar dari perigi dan ingin pulang semula kepada Rasulullah saw, angin yang bertiup kencang tiba-tiba menerpa beliau sehingga beliau terduduk bagi mengelakkan diri dari terjatuh dalam angin ribut tersebut dan menunggu sehingga angin berhenti bertiup.

Beliau kemudiannya bangkit dari duduk dan melangkah kembali. Tiba-tiba angin bertiup semula. Imam Ali a.s pun duduk semula sampai angin tersebut berhenti bertiup. Untuk ketiga kalinya angin kencang bertiup kembali, maka beliau pun terpaksa duduk sehingga angin tersebut berhenti. Setelah angin berhenti bertiup, beliau bangkit dan melangkahkan kaki menuju kepada Rasulullah saw.

Setelah beliau sampai, Rasul saw bertanya kepada Imam Ali a.s, "Wahai Abul Hasan (nama julukannya), Mengapa engkau terlambat datang?"

Imam Ali a.s menjawab, "Tiga kali angin kencang menimpaku sehingga aku bergetar, dan keterlambatanku disebabkan oleh angin tersebut." 

Rasul saw kembali bertanya, "Apakah engkau tahu angin apa itu, wahai Ali?" 

"Tidak"jawab Ali a.s. 

Rasul saw pun berkata:


"Angin yang pertama adalah Malaikat Jibril bersama seribu malaikat yang telah mengucapkan salam kepadamu.
Yang kedua adalah Malaikat Mikail bersama seribu malaikat yang telah mengucapkan salam kepadamu,
Dan yang ketiga adalah Malaikat Israfil bersama seribu malaikat yang telah mengucapkan salam kepadamu. Mereka turun (ke bumi) untuk membantu kita."
Pendapat sebahagiannnya yang mengatakan Imam Ali a.s bertemu dengan 3000 malaikat dan memiliki tiga kebaikan dalam satu malam merujuk kepada peristiwa tersebut.



اللهم صلى على محمد و ال محمد













Wednesday, July 17, 2013

Milik Siapa Syurga Itu

                                                                 بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk perkongsian malam 7 Ramadhan, mari kita revise sabda Rasul saw mengenai untuk siapa syurga itu. Syurga adalah untuk orang yang :
                                   * Sering membaiki kalam dan bicaranya
                                   * Memberi makan kepada orang lain
                                   * Sentiasa berpuasa
                                   * Dan bangun melakukan tahajud pada 
                                       malam hari ketika semua orang tidur.

Setiap apa yang Rasul saw sabdakan pasti punya makna tersirat. Seperti Al-Quran al-Karim, tidak cukup untuk kita benar2 memahami dengan hanya membaca terjemahan  melainkan dengan berguru dalam pembahasan tafsirannya.

Jadi yang dimaksudkan dalam ucapan Rasul saw di atas ini apa?

Berkata Rasul saw kepada Ali bin Abi Thalib a.s tentang apakah beliau mengetahui maksud keempat-empat syarat untuk orang yang masuk ke syugra tersebut. Ali a.s menjawab, "Allah dan Rasul lebih mengetahui".

Diterangkan Rasul saw kemudiannya,

Apa yang dimaksudkan dengan sering membaiki kalam adalah mengucapkan kalimah " سبحان الله و الحمدلله و لااله الاالله و الله اكبر" dengan penghayatan.

Sentiasa berpuasa adalah mereka yang berpuasa pada bulan kesabaran iaitu bulan Ramadhan dan tidak tinggal atau berbuka walau sehari.

Memberi makan kepada orang lain bererti berusaha untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarga seperti sang suami atau ayah yang perlu memberi kecukupan kepada ahli keluarganya (makan, tempat tinggal dll) serta menjaga air muka keluarganya.

Manakala maksud kepada orang yang bangun malam ketika semua orang tidur adalah orang yang tidak tidur sehingga melakukan solat isya' yang terakhir di mana kaum Yahudi dan Musyrikin lain yang ketika itu sedang nyenyak tidur tanpa mendapat keberkatan dari Allah swt.

Allahu A'lam.



اللهم صلى على محمد وال محمد