Thursday, September 7, 2017

Pertembungan Bahasa

Malam tadi kami duduk berkumpul makan malam bersama anak Turki, Yaman dan Azerbaijan. Di sini kami menggunakan bahasa Farsi sebagai bahasa utama dalam perantaraan komunikasi. Musykilnya apabila dalam kepala aku, bahasa telah berselirat bercampur-baur antara Farsi, Arab, English dan Melayu, maka sel-sel otak turut sama berselirat.

Dalam bahasa Farsi, حوا (Hawa) disebut sebagai udara. Kebetulan rakan sebilik aku dari Nigeria juga bernama Hawa. Dalam hangat perbualan ketika makan malam dengan disinari bulan penuh yang terang-benderang, Wardah dari Yaman memuji Hawa anak gadis Nigeria. Katanya “Hawa di bilik kalian sangat tenang”. Ya, Hawa tidak gemar membuat keriuhan sehingga mengganggu privasi orang lain. Orangnya sangat tenang. Tapi aku tidak menyangka Wardah sedang membicarakan perihal Hawa.

Aku fikir Wardah mengatakan hawa udara di bilik kami sangat tenang. Aku pun dengan teruja memberitahu, “Kau tahu tak kenapa Hawa di bilik aku tenang”? Wardah menggeleng, kata aku “Hawa menjadi tenang gara-gara Ayten (anak gadis Azerbaijan) !” Terbeliak mata Wardah. Dia bertanya, “Kenapa Hawa menjadi tenang? Apa yang Ayten dah buat pada Hawa?”. Ayten terlihat tak senang duduk sambil memandang aku dengan anak mata tajam.

Aku pun semangat menceritakan, “Ayten pergi kecilkan penghawa dingin di bilik kami. Sebab tu hawa (udara) jadi tenang”. Wardah kelihatan celaru dan tak memahami, “apa yang kau nak maksudkan? Aku tak faham”. Aku mengulangi, “Hawa (udara) terasa tenang disebabkan Ayten telah kebawahkan sisi penghawa dingin di bilik kita tu.” Wardah sekali lagi bingung, Ayten masih menggelabah mencari di mana silapnya dia. Akhirnya aku pun sama-sama bingung melihatkan mereka semua bingung. Aku bertanya “korang bercakap tentang apa sebenarnya ni?”

Wardah membalas, “kami bercakap tentang anak gadis Nigeria tu. Hawa nama dia, dia seorang yang sangat tenang”. Aku pun berdekah ketawa sambil menahan makanan daripada tidak tersembur. Lagi menambahkan persoalan semua mereka di sekeliling aku, “Kenapa, apa yang terjadi?”. Aku pun rilek menghabiskan makanan dan redakan tawa, baru kemudian menjelaskan yang aku menyangka mereka berbual tentang hawa udara di bilik aku tenang. Rupanya Hawa seorang anak gadis Nigeria yang terlihat tenang. Dan….. giliran mereka pula ketawa tergolek. Mashallah, hanya dengan satu istilah Hawa, semua orang bingung tertanya-tanya.

Begitu dalam kehidupan seharian kita, kadang dengan hanya satu istilah menimbulkan kesalahfahaman, berlarutan hingga meyimpan rasa hati atau pergaduhan. Yang jika ianya dimuhasabah dan diputar semula, akan terlihat bahawa dari awal sebenarnya berlaku ketidakfahaman antara dua pihak. Tapi reaksi spontan yang begitu cepat diberi tanpa meneliti dan berfikir sejenak, bakal memberikan akibat buruk, apatah lagi kesalahfahaman yang tiada penjelasan. Kerana itu pentingnya :

1) Berfikir sebelum berkata
2) Menjaga bahasa dan adab ketika bercakap
3) Bermesyuarat
4) Muhasabah diri

Wednesday, June 21, 2017

Iceberg Lettuce and Cabbage

This evening my mom asked me to get some salads for ifthar. I'm glad to help her of course. Just... I don't like to go out in front of crowded men outside there. So I told my younger two sisters to buy the salad and I'll pay them some bucks for their willingness.

I asked my mom what salad does she wants. She said 'salad bulat' which means iceberg lettuce and cucumbers. I was quiet confused for how iceberg lettuce look? and i asked her, is that a cabbage? She said no.

                                   so this is an Iceberg Lettuce

Guys, don't get me wrong. I actually know how to cook :p It's just hard for me to memorize any of salad or vege's names. So I tried to google. When I found the picture, I showed it to both of my sisters. They laughed so hard at me while making fun of me such what kind of thing I'm trying to do... like seriously I don't know the name of this salad?? Ok fine. I just let them go after gave the money for the salad.

Minutes later...
                                                 
They came and bring us a CABBAGE! This time i don't have to cover up my immaturity. I laughing them back. Like seriously you guys really know what ICEBERG LETTUCE is?? HAHA. That is more than worse!


                             This is a cabbage. look alike, but not!

I don't know and I ask what it is.. once I googled, I know what is that. Otherwise them, they don't know, they say they know and they even had saw the picture! But once they went to the grocery, they bought it wrong. Damn funny. My sisters are just cute for who they are... gonna miss you girls!