Malam 17 Ramadhan merupakan malam pasukan Rasulullah saw bertemu dengan pasukan kafir Quraisy di daerah Badar sehingga tercetus Perang Badar pada keesokan harinya. Namun Allah swt telah memenangkan pasukan Baginda Rasul saw dan hal ini adalah salah satu kejayaan Islam yang terbesar.
Maka para ulama' berpendapat agar disunahkan pada hari ini untuk bersedekah, bersyukur kepada Allah dan mandi. Ibadah pada malam hari ini juga memiliki keutamaan yang sangat besar. Sayang kalau tak manfaatkan.. :)
Ni nak cerita satu kisah yang berlaku pada malam Perang Badar. Menurut beberapa riwayat, pada malam tersebut Rasul saw bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang bersedia pada malam ini untuk mengambil air dari perigi?"
Para sahabat hanya mendiamkan diri dan tak seorang pun yang berani melakukannya. Akhirnya Imam Ali bin Abi Thalib a.s mengambil kantung air dan keluar untuk mengambil air dalam keadaan malam yang gelap-gelita serta hawa dinginnya yang teramat sejuk dan angin yang bertiup dengan kencang. Beliau sampai di sebuah perigi yang sangat dalam dan gelap, namun Imam Ali a.s tak menemukan sebuah timba untuk mengambil air dari dalam perigi tersebut.
Maka Imam Ali a.s terpaksa masuk ke dalam perigi bagi memenuhi kantung air yang dibawanya dengan air dari perigi tersebut. Semasa Imam Ali a.s keluar dari perigi dan ingin pulang semula kepada Rasulullah saw, angin yang bertiup kencang tiba-tiba menerpa beliau sehingga beliau terduduk bagi mengelakkan diri dari terjatuh dalam angin ribut tersebut dan menunggu sehingga angin berhenti bertiup.
Beliau kemudiannya bangkit dari duduk dan melangkah kembali. Tiba-tiba angin bertiup semula. Imam Ali a.s pun duduk semula sampai angin tersebut berhenti bertiup. Untuk ketiga kalinya angin kencang bertiup kembali, maka beliau pun terpaksa duduk sehingga angin tersebut berhenti. Setelah angin berhenti bertiup, beliau bangkit dan melangkahkan kaki menuju kepada Rasulullah saw.
Setelah beliau sampai, Rasul saw bertanya kepada Imam Ali a.s, "Wahai Abul Hasan (nama julukannya), Mengapa engkau terlambat datang?"
Imam Ali a.s menjawab, "Tiga kali angin kencang menimpaku sehingga aku bergetar, dan keterlambatanku disebabkan oleh angin tersebut."
Rasul saw kembali bertanya, "Apakah engkau tahu angin apa itu, wahai Ali?"
"Tidak", jawab Ali a.s.
Rasul saw pun berkata:
| "Angin yang pertama adalah Malaikat Jibril bersama seribu malaikat yang telah mengucapkan salam kepadamu. Yang kedua adalah Malaikat Mikail bersama seribu malaikat yang telah mengucapkan salam kepadamu, Dan yang ketiga adalah Malaikat Israfil bersama seribu malaikat yang telah mengucapkan salam kepadamu. Mereka turun (ke bumi) untuk membantu kita." |
Pendapat sebahagiannnya yang mengatakan Imam Ali a.s bertemu dengan 3000 malaikat dan memiliki tiga kebaikan dalam satu malam merujuk kepada peristiwa tersebut.
اللهم صلى على محمد و ال محمد