بسم الله الرحمن الرحيم
Untuk perkongsian malam 7 Ramadhan, mari kita revise sabda Rasul saw mengenai untuk siapa syurga itu. Syurga adalah untuk orang yang :
* Sering membaiki kalam dan bicaranya
* Memberi makan kepada orang lain
* Sentiasa berpuasa
* Dan bangun melakukan tahajud pada
malam hari ketika semua orang tidur.
Setiap apa yang Rasul saw sabdakan pasti punya makna tersirat. Seperti Al-Quran al-Karim, tidak cukup untuk kita benar2 memahami dengan hanya membaca terjemahan melainkan dengan berguru dalam pembahasan tafsirannya.
Jadi yang dimaksudkan dalam ucapan Rasul saw di atas ini apa?
Berkata Rasul saw kepada Ali bin Abi Thalib a.s tentang apakah beliau mengetahui maksud keempat-empat syarat untuk orang yang masuk ke syugra tersebut. Ali a.s menjawab, "Allah dan Rasul lebih mengetahui".
Diterangkan Rasul saw kemudiannya,
Apa yang dimaksudkan dengan sering membaiki kalam adalah mengucapkan kalimah " سبحان الله و الحمدلله و لااله الاالله و الله اكبر" dengan penghayatan.
Sentiasa berpuasa adalah mereka yang berpuasa pada bulan kesabaran iaitu bulan Ramadhan dan tidak tinggal atau berbuka walau sehari.
Memberi makan kepada orang lain bererti berusaha untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarga seperti sang suami atau ayah yang perlu memberi kecukupan kepada ahli keluarganya (makan, tempat tinggal dll) serta menjaga air muka keluarganya.
Manakala maksud kepada orang yang bangun malam ketika semua orang tidur adalah orang yang tidak tidur sehingga melakukan solat isya' yang terakhir di mana kaum Yahudi dan Musyrikin lain yang ketika itu sedang nyenyak tidur tanpa mendapat keberkatan dari Allah swt.
Allahu A'lam.
اللهم صلى على محمد وال محمد
Salam.. Hai, u tahu tak i ni peminat setia u tau. I tunggu je bila u nak update. Hihik.. -RN-
ReplyDeleteHahaha.. Nak jadi bestfriend boleh tak? =) -RN-
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehuhuh
ReplyDelete